Pages

Tuesday 9 June 2015

Perayaan Masyarakat Sikh



                    i.            Vaisakhi
Vaisakhi dalam Bahasa Panjabi iaitu ਵਸਾਖੀ (vaisākhī) dan juga dikenali sebagai Baisakhi. Perayaan ini adalah pesta menuai di Punjab dan ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru. Selain itu, perayaan ini merupakan perayaan utama dalam kalender Sikh sempena memperingati penubuhan Khalsa (orang-orang suci) pada tahun 1699. Perayaan Vaisakhi jatuh pada bulan Vaisakhi di dalam kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14 April dan inilah perayaan Tahun Baru Sikh. Oleh itu, para penganut akan berkumpul di Gurdwara atau tempat ibadah Sikh dan amalan yang akan mereka lakukan ialah sembahyang, perarakan, mengibar bendera Nishan Sahib.
Gambar 3   Sambutan Perayaan Vaisakhi


                  ii.            Lohri
Lohri dalam bahasa Punjabi ਲੋਹੜੀ (Gurmukhi), adalah sebuah perayaan popularPunjabi, yang dirayakan oleh orang-orang dari wilayah Punjab di Asia Selatan. Perayaan ini dilaksanakan pada tanggal 21 hingga 22 Disember setiap tahunnya. Asal mula Lohri adalah berbagai perayaan yang berada di wilayah Punjab. Beberapa orang percaya bahawa perayaan tersebut untuk memperingati terjadinya titik balik musim dingin kerana Lohri aslinya dirayakan pada hari titik balik musim dingin, di mana siang hari sangat pendek dan malam hari sangat panjang pada hari itu. Perayaan ini adalah sebuah tradisi turun temurun yang di wariskan dari generasi sebelumnya untuk di lestarikan oleh anak cucu dari warga Punjabi. Lohri dirayakan dengan menyalakan unggun api (komponen utama) dan dicampakkan ke dalam unggun api itu dengan gula-gula, batang tebu dan juga beras, serta menyanyikan lagu dan tarian (Bhangra dan Gidda ). Selain itu, unggun api merupakan sebuah simbolik akan cahaya yang datang dan menyinari hati dan fikiran manusia. Para sahabat serta keluarga berkumpul beramai-ramai bagi meraikan festival tersebut. Selain itu, ia dilaksanakan pada tanggal 21 hingga 22 Desember setiap tahunnya.

Gambar 4   Sambutan Perayaan Lohri








Lirik lagu yang selalu dinyanyikan semasa sambutan perayaan Lohri ialah seperti berikut:
Sunder mundriye ho!
Tera kaun vicharaa ho!
Dullah Bhatti walla ho!
Dullhe di dhee vyayae ho!
Ser shakkar payee ho!
Kudi da laal pathaka ho!
Kudi da saalu paata ho!
Salu kaun samete!
Chacha gali dese!
Chache choori kutti! zamidara lutti!
Zamindaar sudhaye!
Bum Bum bhole aaye!
Ek bhola reh gaya!
Sipahee far ke lai gaya!
Sipahee ne mari itt!
Bhaanvey ro te bhaanvey pitt!
Sanoo de de Lohri, te teri jeeve jodi!


RUJUKAN :
 Ø  Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
Ø  The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

No comments:

Post a Comment