Pages

Tuesday 9 June 2015

Sejarah Agama Sikh

           Agama Sikh atau Sikhism merupakan agama yang diasaskan seorang Hindu yang berasal dari suku kaum Bedi yang bernama Guru Nanak. Agama ini banyak di anuti oleh orang India terutamanya di Punjab, India sejak abad ke-15 yang lalu lagi.  Namun kini, agama Sikh sudah dikenali dan sudah bertaburan di seluruh dunia dan mereka juga telah membentuk masyarakat-masyarakat mereka sendiri seperti Eropah, Kanada dan Amerika. Selain itu juga, mereka juga terdapat di negara-negara selatan Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Hong Kong, Burma Indonesia, Iran, Afghanistan dan juga di negara-negara timur tengah seperti Dubai dan Oman.
      Kepercayaan dan ajaran agama Sikh banyak dipengaruhi oleh  ajaran yang dibawa oleh seorang reformis yang bernama Kabir.  Kabir adalah seorang yang bijak dan banyak mempelajari ajaran Hindu dan Islam. Selain itu juga, belia juga tertarik dengan seorang penyair yang bernama Ramanand dan menyebabkan beliau mengkaji ajaran ini juga. Selepas beliau mengkaji ajaran ini, beliau telah menyusun sajak-sajak mengenai ajaran tersebut. Ajaran ini disusun semula oleh para pengikutnya di dalam sebuah buku yang diberi nama Bijak, selepas kematian Kabil. Ajaran Kabil dan asas-asas pemikirannya telah dijadikan oleh panduan Guru Nanak dalam merangka dan mencipta agama Sikh.


      Guru Nanak selalu menghabiskan masa lapangnya di hutan untuk bertafakur  dan memikir tentang kehidupan serta kebenaran ajaran yang disampaikan oleh Kabil. Semasa beliau bertafakur, Guru Nanak dikatakan telah menerima wahyu dari Tuhan. Selepas bertapa selama tiga hari di dalam gua, akhirnya Guru Nanak keluar dan menyampaikan ajarannya kepada orang ramai iaitu “ Tidak ada Hindu dan Tidak ada Muslim” .  Agama Sikh diasaskan kepada ajaran Guru Nanak dan sepuluh orang guru. Ini memberi maksud bahawa agama Sikh adalah agama yang menyeru  para penganutnya supaya mempercayai kepada setiap ajaran yang dibawa oleh sepuluh orang guru tersebut itu. Setelah kematian Guru Gobind Singh iaitu guru yang kesepuluh, tidak ada lagi guru yang dilantik. Kini golongan Khalsa telah dianggap sebagai penganti kepada sepuluh orang guru tersebut dan Guru Grant Sahib merupakan kitab suci agama Sikh
      Dari tujuan pula,  agama Sikh telah diperkenalkan oleh Guru Nanak kerana memprotes dasar kuku besi agama Brahman dan sistem kasta serta ajaran hindu yang melampau.  Oleh itu, agama Sikh menekan konsep keadilan sosial dan persaudaraan sejagat serta menghapuskan semangat kepartian dan kefahaman karut yang terdapat dalam masyarakat.

      Sepuluh guru antara nya ialah Guru Nanak (1538) , setelah kematiannya segala ajarannya diambil alih oleh sembilan guru, antaranya Guru Angad (1539-1552), Guru Amar Das (1552-1574), Guru Ram Das (1574-1581), Guru Arjan (1581-1606), Guru Har Gobind (1606-1644), Guru Har Rai (1644-1661), Guru Har Krishnan (1661-1664), Guru Tegh Bahadur (1664-1675) dan Guru Gobind Singh (1675-1708) . Apa  yang dapat kita lihat, kehidupan guru-guru agama Sikh ini berada di bawah kepimpinan sepuluh orang guru selama 204 tahun iaitu bermula dari tahun 1504 sehingga 1708. Zaman ini dianggap zaman kegemilangan bagi agama Sikh. Ini kerana orang Sikh hidup dalam suasana persaudaraan dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. 

RUJUKAN :
 Ø  Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
Ø  The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

No comments:

Post a Comment