Pages

Tuesday 9 June 2015

Sejarah Kedatangan Etnik Sikh Di Malaysia

       Kedatangan etnik Sikh adalah sama seperti imigran-imigran yang lain iaitu pada awal kurun ke 19. Salah satu faktor kedatangan mereka adalah disebabkan oleh faktor ekonomi. Imigran Sikh datang secara beramai-ramai ke negara-negara Asia Tenggara contohnya, Burma, Indonesia dan Malaya. Selain daripada masalah ekonomi, mereka juga mempunyai masalah kekurangan tanah dan pertambahan jumlah penduduk menyebabkan mereka lebih semangat untuk datang ke Asia tenggara. Peluang pekerjaan dan polisi yang agak liberal menggalakkan mereka untuk beramai-ramai datang ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh Inggeris. Kedatangan orang Sikh pada abad ke 19 ke Tanah Melayu telah dipergunakan oleh pihak British untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap. Etnik Sikh yang berasal dari India merupakan salah satu daripada tanah jajahan British.

      Pada peringkat awal, orang-orang Sikh tertumpu di negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan Perak Armed Police (PAP) . Pada abad ke 20 pula orang Sikh yang telah berhijrah ke Tanah Melayu mula berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta. Pelbagai pekerjaan yang mereka ceburi antara sebagai pegawai keselamatan, di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan peminjam wang (money lenders). Penempatan orang-orang Sikh lebih tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, dan Selangor. Bandar yang menjadi tumpuan mereka ialah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh demikian, kumpulan mereka kecil daripada etnik yang lain, maka mereka didapati bergerak luas. Orang Sikh juga merupakan golongan Punjabi dan dirujuk sebagai satu “komuniti agama” . Mereka dibezakan berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan.


      Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi. Orang Sikh secara umumnya dapat dikategorikan sebagai “Arora Sikh”, “Jat Sikh”, “Khatri Sikh”, “Mazhab Sikh” mengikut pengkhususan pekerjaan mereka. Menurut fakta, agama Sikh adalah agama gabungan daripada beberapa elemen ajaran agama lain seperti Islam dan Hindu. Bagi agama Sikh tiada konsep syurga atau neraka dan mereka percaya apabila roh seseorang itu mati rohnya akan bersatu semula dengan tuhannya dan bagi meraka uijan, dosa, pahala dan karma semuanya dilalui semasa hidup.

RUJUKAN :
 Ø  Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
Ø  The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

No comments:

Post a Comment