Pages

Tuesday, 9 June 2015

Adat Resam Dalam Masyarakat Sikh


a)      Mengandung
Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut segala pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga keselamatan ibu dan kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah seperti berikut :
                                         i.            Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
                                       ii.            Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak cantik.
                                     iii.            Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan.
                                     iv.            Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

b)     Kelahiran Bayi
Apabila lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu diikuti. Hal ini kerana ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia merupakan amalan yang perlu dilakukan oleh setiap penganut punjabi. Antara amalan-amalannya ialah :
                                         i.            Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di dalam muka surat tersebut.
                                       ii.            Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’.
                                     iii.            Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
                                     iv.            Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika dipotong ia adalah satu kesalahan dalam agama mereka dan dianggap berdosa.



c)      Perkahwinan
Dalam adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh masyarakat Sikh supaya perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia menjaga ikatan perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga.
                                         i.            Perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh.
                                       ii.            Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga.
                                     iii.            Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan.
                                     iv.            Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu berjalan mengelilingi Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
                                       v.            Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.
                                     vi.            Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah sebentuk cincin.
                                   vii.            Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang berwarna merah dan merah jambu sahaja.

d)     Kematian
Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia. Dalam sesebuah keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
                                         i.            Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
                                       ii.            Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
                                     iii.            Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
                                     iv.            Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat.
                                       v.            Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan dilepaskan ke laut.

                                     vi.            Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.

RUJUKAN :
 Ø  Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
Ø  The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

4 comments: