Pages

Tuesday, 9 June 2015

Konsep Keagamaan Sikh

Dalam konsep keagamaan penganut sikh terdapat pelbagai konsep yang mereka dikuti dan berpegang pada konsep tersebut. Agama Sikh adalah agama yang tidak terhad kepada bangsa Punjabi sahaja ia terbuka luas kepada bangsa-bangsa lain atau kaum-kaum yang lain. Jika seseorang itu ingin memeluk agama Sikh, ia mestilah melalui satu upacara yang dipanggil upacara masuk agama iaitu Amrit Sanskar. Selain itu, mereka perlu meminum air ‘Amrit’. Air ‘Amrit’ ini adalah dianggap sebagai tanda sebelum seseorang itu memeluk masuk agama Sikh. Agama Sikh menyamakan Tuhan dengan ‘kebenaran’ atau ‘sach’ dan ia berpegang kuat kepada kitab suci iaitu ‘Granth Sahib’ yang juga dikenali sebagai ‘Bani’. Kepercayaan asas Sikhisme adalah yang terdapat didalam ‘Japji’ atau dikenali sebagai ‘mool mantra’. Selain itu, Agama Sikh ini menerima teori ‘Karma’ sama seperti agama-agama yang mempercayai teori tersebut. Teori karma adalah satu kepercayaan dimana apabila sesorang itu membuat salah atau betul ia akan dibalas mengikut perbuatan yang dilakukan. Penganut agama Sikh ini menafikan pemujaan sungai dan dewa. Hal ini kerana penganut Punjabi ini mempercayai pada kitab-kitab mereka. ‘Gurdawara’ merupakan sebagai simbol suci Sikh. Upacara beribadat untuk kaum sikh ini dilakukan pada setiap hari Ahad iaitu sekitar pukul 6.30 pagi dan 6.00 petang hingga 7.00 petang di Temple yang berdekatan dan ia wajib dilakukan oleh semua penganut Sikh.

No comments:

Post a Comment