Agama
Sikh atau Sikhism merupakan agama
yang diasaskan seorang Hindu yang berasal dari suku kaum Bedi yang bernama Guru
Nanak. Agama ini banyak di anuti oleh orang India terutamanya di Punjab, India
sejak abad ke-15 yang lalu lagi. Namun kini,
agama Sikh sudah dikenali dan sudah bertaburan di seluruh dunia dan mereka juga
telah membentuk masyarakat-masyarakat mereka sendiri seperti Eropah, Kanada dan
Amerika. Selain itu juga, mereka juga terdapat di negara-negara selatan Asia
termasuklah Malaysia, Singapura, Hong Kong, Burma Indonesia, Iran, Afghanistan
dan juga di negara-negara timur tengah seperti Dubai dan Oman.
Kepercayaan
dan ajaran agama Sikh banyak dipengaruhi oleh
ajaran yang dibawa oleh seorang reformis yang bernama Kabir. Kabir adalah seorang yang bijak dan banyak
mempelajari ajaran Hindu dan Islam. Selain itu juga, belia juga tertarik dengan
seorang penyair yang bernama Ramanand dan menyebabkan beliau mengkaji ajaran
ini juga. Selepas beliau mengkaji ajaran ini, beliau telah menyusun sajak-sajak
mengenai ajaran tersebut. Ajaran ini disusun semula oleh para pengikutnya di
dalam sebuah buku yang diberi nama Bijak,
selepas kematian Kabil. Ajaran Kabil dan asas-asas pemikirannya telah dijadikan
oleh panduan Guru Nanak dalam merangka dan mencipta agama Sikh.
Guru
Nanak selalu menghabiskan masa lapangnya di hutan untuk bertafakur dan memikir tentang kehidupan serta kebenaran
ajaran yang disampaikan oleh Kabil. Semasa beliau bertafakur, Guru Nanak
dikatakan telah menerima wahyu dari Tuhan. Selepas bertapa selama tiga hari di
dalam gua, akhirnya Guru Nanak keluar dan menyampaikan ajarannya kepada orang
ramai iaitu “ Tidak ada Hindu dan Tidak
ada Muslim” . Agama Sikh diasaskan
kepada ajaran Guru Nanak dan sepuluh orang guru. Ini memberi maksud bahawa
agama Sikh adalah agama yang menyeru
para penganutnya supaya mempercayai kepada setiap ajaran yang dibawa
oleh sepuluh orang guru tersebut itu. Setelah kematian Guru Gobind Singh iaitu
guru yang kesepuluh, tidak ada lagi guru yang dilantik. Kini golongan Khalsa telah dianggap sebagai penganti
kepada sepuluh orang guru tersebut dan Guru Grant Sahib merupakan kitab suci
agama Sikh
Dari
tujuan pula, agama Sikh telah
diperkenalkan oleh Guru Nanak kerana memprotes dasar kuku besi agama Brahman
dan sistem kasta serta ajaran hindu yang melampau. Oleh itu, agama Sikh menekan konsep keadilan
sosial dan persaudaraan sejagat serta menghapuskan semangat kepartian dan
kefahaman karut yang terdapat dalam masyarakat.
Sepuluh
guru antara nya ialah Guru Nanak (1538) , setelah kematiannya segala ajarannya
diambil alih oleh sembilan guru, antaranya Guru Angad (1539-1552), Guru Amar
Das (1552-1574), Guru Ram Das (1574-1581), Guru Arjan (1581-1606), Guru Har
Gobind (1606-1644), Guru Har Rai (1644-1661), Guru Har Krishnan (1661-1664), Guru
Tegh Bahadur (1664-1675) dan Guru Gobind Singh (1675-1708) . Apa yang dapat kita lihat, kehidupan guru-guru
agama Sikh ini berada di bawah kepimpinan sepuluh orang guru selama 204 tahun
iaitu bermula dari tahun 1504 sehingga 1708. Zaman ini dianggap zaman
kegemilangan bagi agama Sikh. Ini kerana orang Sikh hidup dalam suasana
persaudaraan dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
RUJUKAN :
Ø Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
Ø The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.
No comments:
Post a Comment